spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | Warga 3 Div dan 10 Bgd (Para) Terima Sumbangan Aidilfitri
21
Jun
Warga 3 Div dan 10 Bgd (Para) Terima Sumbangan Aidilfitri
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

21061705

MELAKA: Seramai 500 penerima dari Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dan Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para) menerima sumbangan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Raya oleh Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Utama IR. Hj Idris Hj Haron di Dewan Serbaguna Terendak pada 10 Jun 2017.

Ketua Menteri Melaka menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada isteri yang suaminya terlibat dengan penugasan operasi, isteri yang mengidap penyakit dan anak-anak istimewa.

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.