spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | PTD Berbuka Bersama Warga 3 Div, 10 Bgd (Para)
21
Jun
PTD Berbuka Bersama Warga 3 Div, 10 Bgd (Para)
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

21061706

MELAKA: Seramai 1000 warga 3 Div dan 10 Bgd (Para) hadir di dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Haji Kassim di Masjid As Syuhadah, Kem Terendak pada 9 Jun 2016. Majlis ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama anggota tentera.

Pada majlis ini, PTD telah menyampaikan sumbangan Zakat Angkatan Tentera Malaysia kepada masjid dan surau di bawah naungan 3 Div dan 10 Briged Para. Dikesempatan ini juga PTD telah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf (saudara baru). Dalam ucapan ringkas beliau, PTD mengingatkan untuk meningkatkan tahap keselamatan di semua Kem pada musim raya. Beliau turut memaklumkan TD dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dalam usaha meningkatkan kebajikan anggota seperti pembinaan rumah keluarga dan jangkamasa perkhidmatan LLP sehingga 26 tahun bagi melayakkan anggota mendapat pencen 60%.

Turut hadir, Panglima Medan Barat, Panglima 3 Div, Panglima 10 Bgd (Para) serta Panglima-Panglima Formasi di bawah naugan 3 Div