spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | 4 Div Terima Sumbangan Ihya Ramadhan
21
Jun
4 Div Terima Sumbangan Ihya Ramadhan
Ditulis oleh www.btdmonline.net   

21061713

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dibawah naungan Markas Tentera Darat (MK TD), Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) dan Markas Pemerintahan Logistik TD (MK PLTD) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Peringkat TD bersama Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Masjid Al-Fateh Wardieburn pada 16 Jun 2017.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kekitaan terutama dikalangan warga TD serta mengambil berat akan kebajikan warga TD dalam menghargai jasa bakti dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan tanahair tercinta, selain dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan anggota TD serta meraikan kemeriahan sambutan bulan ramadhan.

TPTD seterusnya menyampaikan sumbangan Ihya Ramadhan daripada Tabung Zakat ATM untuk masjid dan surau-surau pasukan di bawah naungan 4 Div kepada Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Zakaria Hj Yadi serta sumbangan kepada saudara baharu muslim, Pbt Jazli Biring dari 93 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja.

Turut hadir Panglima MK PLTD, Mej Jen Datuk Hanapiah Jaafar dan pegawai-pegawai kanan TD.