spread
UTAMA | MAKLUMAT | Berita | PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS OP KAWAL SIRI 8/2017
07
Jul
PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS OP KAWAL SIRI 8/2017
Ditulis oleh Cwg Risik MK 12 Bgd   

07071703

KUALA LUMPUR, 5 Jul 17: Perbarisan Serah Terima Tugas Op Kawal Siri 8/2017 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Padang Kawad 1 RRD, Kem Wardieburn.
Dalam perbarisan tersebut, seramai 6 Pegawai dan 85 anggota lain-lain pangkat telah terlibat. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk padang oleh kedua-dua unit terlibat iaitu Batalion Pertama Askar Melayu Diraja dan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Kemuncak acara adalah Upacara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas diantara Peg Mem 1 RAMD, Lt Kol Mohd Radzi bin Othman dan Peg Mem 1 RRD, Lt Kol Irwan bin Ibrahim yang disaksikan oleh Kol Romainor bin Mohamed, Komander Pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat yang mewakili Panglima 12 Bgd.

Istiadat menurunkan bendera 1 RAMD dan menaikan bendera 1 RRD turut dilaksanakan dan perbarisan diakhiri dengan laungan Gempur Wira oleh kesemua anggota perbarisan.